Monday 26 November 2012

Sunday 25 November 2012

Syair

Pengenalan Syair

Istilah syair dikatakan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum.Dalam bahasa Melayu istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Mengikut Harun Mat Piah, 1989 syair Melayu dikatakan tidak beracukan syair daripada tradisiArab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi syair Melayu sudah mempunyai bentuk dan acuan melayu asli masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu,terdapat juga pendapat yang menyatakan syair melayu menerima pengaruh puisi Arab. Orang melayu mula mengenali syair sejak zaman bertapaknya Islam di alam melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma; Fusus al-Hikam, Al-Insan al-kamil yang dibawa oleh pengembang Islam ke Melaka.

Guru Oh Guru

GURU OH GURU


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sunday 18 November 2012

Dunia Ceria Kami...



KEPUTUSAN UPSR KELUAR HARI NI....TAHNIAH KEPADA MURID-MURID YANG BERJAYA MENDAPAT 5A.....


*DUNIA CERIA KAMI*

KEPUTUSAN UPSR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA 10 ORANG MURID SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA KAHANG TIMUR KERANA TELAH BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN 5A DALAM PEPERIKSAAN UPSR.KEPADA YANG TIDAK BERJAYA MASIH ADA MASA LAGI UNTUK AWAK SEMUA BERUSAHA HINGGA BERJAYA......


Saturday 17 November 2012

Thursday 15 November 2012

Kata-kata Hikmah...

Contoh Kata-kata Hikmah :

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya   
     sekadar senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah 
    ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, 
    nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam 
    sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk 
    asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan 
     jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. 
    Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi 
    sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi 
    dengan riak.
9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang 
     berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi 
      kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam 
      kaki.
12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu 
      mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan 
      perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan 
      perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam 
      yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. 
      Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. 
      Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan 
      menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula 
      bercakap kosong.
17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang 
       jika ianya digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu 
       jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak 
       terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu 
      sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan 
      hatimu serendah mutiara di lautan.
23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti 
      ia melihat.
24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan 
      seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat 
      kayu api.
25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah 
       daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang 
      menumpahkan darah.
27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat       merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang   
      anda   miliki itu kepada teman anda.
28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk 
      menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai 
      pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat 
      berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana 
      membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu 
      muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok 
      kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal 
      kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat 
      muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu  
      dari   segala ketenangan jiwa.
32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang  
      mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan 
      iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-
      bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun 
       terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”
35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah 
       Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar 
       Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas 
       kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah 
       zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”
37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. 
        Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan 
        bukti unggulnya perasaan”
39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh 
        menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima 
       sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”
40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan 
        iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak 
        sanggup menerima penderitaan.
41. Hadiah Terbaik : 
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia รข€“ Kebebasan

42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan   
        satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri 
         mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah 
        beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”
45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu 
        satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.
46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang 
         yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”
47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi 
         dari nenek moyang”
48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak 
        ber teman..”
49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, 
        dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”
50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

Contoh Soalan UPSR Bahasa Melayu bahagian B

Contoh soalannya :

Arahan : Sila klik / tekan laman web di bawah ini. Terima Kasih.

http://www.slideshare.net/sudinjaffar/4-praktis-topikal-bm-012-bhg-b


Salam Maal Hijrah

Salam Ma’al Hijrah 1433 

SELAMAT MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN DI SELURUH DUNIA



SELAMAT BERCUTI


SELAMAT BERCUTI SEKOLAH KEPADA SEMUA MURID DAN GURU DI MALAYSIA....