Sunday, 30 December 2012

Peperiksaan

Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang telah berjaya menduduki peperiksaan PJJ UPSI kertas KRT3013 pada hari ini 30/12/2012(Ahad).
Insya Allah panjang umur kita akan menduduki 2 lagi kertas.
Good Luck dan Semoga Berjaya.....

Monday, 10 December 2012

Soalan Berimbuhan



CONTOH SOALAN IMBUHAN

Latihan 1
Lengkapkan kata dasar di bawah dengan imbuhan me-.


Contoh :  potong                       memotong

1.    Panjang   -

2.    Palu        -   

3.    Kesat      -   

4.    Kejar       -   

5.    Serang     -   

6.    Selam      -     

7.    Tipu         -         

8.    Tenung     -

9.    Pesan      -

10.  Perah      -   

         
Latihan 2
Lengkapkan ayat di bawah dengan imbuhan me- yang sesuai.

1.    Pak Karim __________________ ( potong ) sebatang tebu untuk diberikan kepada anak jirannya.      
    
2.    Kakak  ________________ ( siang ) beberapa ekor ikan kembung yang dibeli oleh ayah di pasar untuk hidangan tengah hari.

3.    Kami perlu  ____________ ( ketuk ) pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru.

4.    Datuk  ________________ ( tebas ) lalang di belakang rumah menggunakan sebilah sabit pada hujung minggu.

5.    Ibu dan kakak ______________ ( susun ) pasu-pasu bunga di halaman rumah agar nampak kemas.

6.    Abang  ______________ ( sepak )  bola  dengan kuat hingga ke pintu gol.

7.    Pak Basir dan anaknya sedang ___________ ( kurung ) anak-anak ayam yang baru menetas di bawah rumah.

8.    Abang dan rakan-rakannya sedang ______________ ( petik ) buah rambutan di dusun datuk.

9.    Adik takut untuk ____________ ( telan ) ubat kerana rasanya yang pahit.

10.  Emak sedang ____________ ( suap ) adik bubur nasi di bawah pokok jambu di halaman rumah.

Sunday, 9 December 2012

Contoh Latihan Kata Adjektif

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :


1.       Pakaian pengemis itu kelihatan _______________  sekali.

A.      hodoh                  B. lusuh                                C. cantik                               D. indah


2.       Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.

A.      tumpul                 B. baharu             C. tajam                               D. panjang


3.       Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.

A.      jauh                      B. dekat               C. hampir                             D. samping


4.       Rasa peria itu __________ seperti hempedu.

A.      manis                   B. masam            C. pahit                                 D. masin


5.       Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.

A.    gopoh              B. lampat         C.cepat                       D. cermat


6.       Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.

A.      gembira               B. degil                 C. peramah                         D. berahi


7.       Seorang guru perlu mesra, _________ dan juga mudah untuk berkawan dengan sesiapa saja.

A.      degil                      B. peramah         C. gopoh              D. jelita


8.       Pemandangan di Bukit Tinggi memang ___________ dan mempersonakan.

A.      cantik                   B. jelita                 C. indah                D. dingin


9.       Perempuan yang ___________ itu adalah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.

A.      indah                    B.  jelita                                C. tegap               D. lusuh


10.   Lee Chong Wei mestilah berbadan _______________  untuk menyertai pertandingan badminton antarabangsa.

A.      tegak                    B. gopoh              C. tegap               D. cantik


11.   Emak saya suka menggunakan pisau yang tajam dan tidak ___________ semasa memotong sayuran atau daging

A.    tumpu             B. lumpur        C. tumpuh       D. tumpul


12.   Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.

A.      masin                   C. manis               C. masam            D. pahit


13.   Para penyelidik di Switzerland telah berjaya menghasilkan robot ___________ untuk disuntik ke dalam mata tanpa bantuan ubat bius.

A.    halus               B. kasar           C. hodoh         D. gopoh


14.   Namun air yang ___________ jangan disangka tiada buaya.

A.    tenang             B. gopoh          C. biru             D. lumpur


Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah :

                           

15.   Pintu rumah saya mempunyai kaca yang berbentuk _____________ .

A.    bujur                B. lonjong        C. bulat            D. segi empat

Contoh Latihan Kata Kerja

Latihan - kata kerja

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih B mengeluh C mengenang D mengerang

2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat B menggeletar C menggelupur D menggelepar

3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang B dibuang C dihalau D ditindas

4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk B mengetuk C memukul D memalu

5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit B melenyek C memerah D menindih

6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut B menyambar C merampas D mengambil

7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan B menjalankan C mengadakan D melahirkan

8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah B terpisah C terpecah D terbahagi

9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur B meneguk C mengunyah D menghisap

10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang B menimbang C melaksana D melihat

11 Lilian ....buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan B menyerahkan
C memulangkan D menghulurkan

12 Peniaga itu ......keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih B mencapai
C mengumpul D mengais

13 Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup B tersengih C terlopong D terkatup

14 Fauzan .....kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu B menyambut C mengajak D menanti

15 Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap B menginap C meringkuk D menumpang

16 Syarikat Tonggak Maju mampu.....projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan B melaksanakan C meningkatkan D mengadakan

17 Adik .....kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
A terjatuh B tertimpa C terhantuk D terhempas

18 Elina .....perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan B menampalkan C mencantumkan D meletakkan

19 Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ......sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
A melepasi B melangkahi C mengharungi D menyeberangi

20 Lidahnya melecur kerana .....air yang masih panas itu.
A terhisap B tertelan C tersedut D terhirup


21 Bekalan air di kawasan kami sering___________ .
A terkandas B terganggu C terpotong D terhalang

22 Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur B mendepang C menggeliat D menganga

23 Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh
guru kelas mereka yang __________ hati.
A menggeletek B menyentuh C menggores D mencuit

24 Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris B menyiang C mencincang D menyiat

25 Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
A terpijak B terpegang C tersentuh D terlangkah

26Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
A mendenda B memarahi C menyaman D menasihati

27Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah B menyuap C mencubit D menelan

28 Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.
A menyinggung B menyambar C merenggut D merampas

29 Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada beliau.
A diumumkan B dinyatakan
C dibahaskan D dibincangkan

30 Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A membalingkan B melemparkan
C menebarkan D mencampakkan

31 Puan Sarifah _____air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
A merenjis B menyiram C menyimbah D menuangkan

32 Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.
A menjolok B mencocok C mencucuk D merodok

33 Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
A bersila B berlunjur C bersimpuh D bertinggung

34 Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.
A memicit-micit B menekan-nekan
C menepuk-nepuk D menggenggam-genggam

35 Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
A membimbing B memandu C mengajar D mengawasi

36 Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
A menceritakan B mengadu C meracau D meleter

37 Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.
A mengikis B mengikir C mengasah D mengilat

38 Hati Puteri Nur Ashikin _____apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.
A terdiam B tercalar C tersayat D tersentuh

39 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A memiliki B mendapati C mempunyai D memperoleh

40 Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.
A melekat B menyisip C membubuh D menyangkut

41Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama untuk __________ imejnya
A melaram ... mengekalkan B menyarung ... melonjakkan
C memakai ... menghangatkan D menampilkan ... menaikkan

42 Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.
A dibakar B disalai C didiang D dikukus

43 Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
A merayap B menjalar C memanjat D menyelinap

44Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda
kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
A memaklumkan B memberitahu C meramalkan D melaporkan

45Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
A berebut B bersaing C berjuang D berlawan

46Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ______ itu.
A terhenti B terbantut
C terkandas D terbengkalai

47 Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.
A menggeletek B menggeletar C menggelepar D menggeliat

48 Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
A mengembang B menguncup C menebal D menipis

49 Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.
A menconteng B mengelap C menyapu D mencalit

50Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah
satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing.
A menjala B memukat C mencandat D memancing

Saturday, 8 December 2012

Kata Kerja

Contoh Kata kerja :

* merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif  ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat
Radio itu didengari Atan
Burung itu ditangkap oleh seekor kucing
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan
Ikan itu dijala oleh Pak Abu
Surat itu sedang ditulis oleh bapa

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Kami mandi di tasik
Dia senyum semasa berjalan
Air sungai beransur surut

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Pembuat Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya roboh
Radio itu berbunyi

Kata Adjektif

CONTOH KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.


Jenis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong

2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik

Monday, 26 November 2012

Sunday, 25 November 2012

Syair

Pengenalan Syair

Istilah syair dikatakan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum.Dalam bahasa Melayu istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Mengikut Harun Mat Piah, 1989 syair Melayu dikatakan tidak beracukan syair daripada tradisiArab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi syair Melayu sudah mempunyai bentuk dan acuan melayu asli masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu,terdapat juga pendapat yang menyatakan syair melayu menerima pengaruh puisi Arab. Orang melayu mula mengenali syair sejak zaman bertapaknya Islam di alam melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma; Fusus al-Hikam, Al-Insan al-kamil yang dibawa oleh pengembang Islam ke Melaka.

Guru Oh Guru

GURU OH GURU


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979