Contoh Kata-kata Hikmah :
1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya
sekadar senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar
di lautan telah
ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.
Bila-bila masa ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi
dengan riak.
9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras
dari batu. Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak
seperti sutera.
11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.
12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang
hitam di malam
yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan
keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong.
17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang
jika ianya digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu
kesalahan. Oleh itu
jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa
pada Yang Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau
pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.
23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti
ia melihat.
24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat
kayu api.
25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.
27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang
anda miliki itu kepada teman anda.
28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa itu
muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu
beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa
yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya
dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan
kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”
35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar
Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah
zalim. Tapi jika kejahatan dibalas
kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”
37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan
bukti unggulnya perasaan”
39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala
boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerima
sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan
kenyataan”
40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah
menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya
mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau
emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri
mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”
45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu
satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu
masa yang ditinggalkan”.
46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat
dan orang
yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yg telah dicari”
47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi
dari nenek moyang”
48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
ber teman..”
49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan
menjagamu,
dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu”
50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”
Assalammualaikum wbt.
ReplyDeleteMutiara kata yang amat bermanfaat. Terima kasih cikgu. Muzik dan nyanyian latar menghiasi teratak maya cikgu sangat saya sukai. Membangkitkan semangat tatkala berada di sini. :) Teruskan cikgu dengan pengisisnan yang lebih bermakna buat kita semua.
Terima kasih cikgu Rohani...
ReplyDeletesama-sama Cikgu Norhafizah ..
ReplyDeleteMutiara kata boleh menjadikan kita lebih baik jika kita pandai menghayatinya.....
ReplyDeleteTerbaik............
Terima kasih cikgu Hayati Bidin..Marilah kita menghayatinya bersama-sama...
ReplyDelete