Contoh Kata kerja :
* merupakan
golongan kata
yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau
dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau )
dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif
ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda
lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut (
objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada
sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil,
mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh
objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif
aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper,
memper...i, dan memper...kan.
Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek,
dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan
imbuhan di-.
Penyambut |
Kata Kerja Transitif |
Pembuat |
Radio itu |
didengari |
Atan |
Burung itu |
ditangkap oleh |
seekor kucing |
Sayur itu |
dijual oleh |
seorang perempuan |
Ikan itu |
dijala oleh |
Pak Abu |
Surat itu |
sedang ditulis oleh |
bapa |
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif
ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada
diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja
ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi
kepada dua iaitu
kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau
frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan
bukannya satu objek (penyambut).
Pembuat |
Kata Kerja Tak Transitif |
Keterangan |
Kami |
mandi |
di tasik |
Dia |
senyum |
semasa berjalan |
Air sungai |
beransur |
surut |
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Pembuat |
Kata Kerja Tak Transitif |
Rumahnya |
roboh |
Radio itu |
berbunyi |
|
No comments:
Post a Comment