CONTOH SOALAN IMBUHAN
Latihan 1
Lengkapkan kata dasar di bawah dengan
imbuhan me-.
Contoh
: potong memotong
1.
Panjang -
2.
Palu -
3.
Kesat -
4.
Kejar -
5.
Serang -
6.
Selam -
7.
Tipu -
8.
Tenung -
9.
Pesan -
10.
Perah -
Latihan 2
Lengkapkan ayat di bawah dengan imbuhan me- yang sesuai.
1. Pak Karim
__________________ ( potong ) sebatang tebu untuk diberikan kepada anak
jirannya.
2. Kakak ________________ ( siang ) beberapa ekor ikan
kembung yang dibeli oleh ayah di pasar untuk hidangan tengah hari.
3. Kami perlu ____________ ( ketuk ) pintu sebelum masuk ke
dalam bilik guru.
4. Datuk ________________ ( tebas ) lalang di belakang
rumah menggunakan sebilah sabit pada hujung minggu.
5. Ibu dan kakak
______________ ( susun ) pasu-pasu bunga di halaman rumah agar nampak kemas.
6. Abang ______________ ( sepak ) bola dengan kuat hingga ke pintu gol.
7. Pak Basir dan anaknya
sedang ___________ ( kurung ) anak-anak ayam yang baru menetas di bawah rumah.
8. Abang dan rakan-rakannya
sedang ______________ ( petik ) buah rambutan di dusun datuk.
9. Adik takut untuk
____________ ( telan ) ubat kerana rasanya yang pahit.
10. Emak sedang ____________ (
suap ) adik bubur nasi di bawah pokok jambu di halaman rumah.
No comments:
Post a Comment